Google

Thursday, February 1, 2007

SMILE

Smile for better heart health: a good attitude may be your best prescription if you have heart disease, says new research -Brief Article

Sunday, January 28, 2007

2 Factor to fail (in malay)

Dua Faktor Utama Kegagalan

Inginkan kejayaan dan kekayaan, tetapi, apabila anda ingin

memulakan langkah pertama anda kearah kejayaan, ada sesuatu tidak

mengizinkan anda mencapainya? . Seperti, terdapat sejenis "kuasa"

ini yang menghalang anda untuk mengaturkan langkah.

Ada
dua faktor penting yang sering membuat kita tidak dapat

mengorakkan langkah pertama kearah kejayaan dan kewangan. Dua

faktor tersebut adalah faktor utama kegagalan:

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai

memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan

tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri

bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap

kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda

menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah

dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun

tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa

yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di

mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan

ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan

bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".


Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi

amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada

diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak

boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".


Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti

saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh"


Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan k on sep kendiri

kita. K on sep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda

sendiri. Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri

yang rendah, maka, begitulah cara anda akan fikirkan tentang

keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja

anda lakukan.
============ ========= ========= ========= ======

============ ========= ========= ========= ======

Terdapat satu kisah ini di mana seorang wanita/ibu yang mempunyai

keyakinan diri yang rendah, sering memencilkan diri di pejabat dan

juga tidak bergaul dengan rakan-rakan dan jiran-jiran. K on sep

kendiri dan keyakinan dirinya adalah amat rendah sehinggakan

mengganggu kerjayanya dan tanggungjawabnya kepada keluarga.

Malang tidak berbau, satu hari, ibu tersebut mengalami kemalangan

jalan raya. Beliau berada didalam keadaan koma untuk beberapa

bulan. Apabila dia tersedar dari koma, beliau mengalami amnesia

(lupa fikiran) yang agak kr on ik. Beliau tidak tahu siapa dirinya

sebelum kemalangan.

Hari berlalu, dan isu ini mengganggu fikirannya. Beliau mula

menyelidik kes-kes amnesia yang lain. Beliau ke perpustakaan, dan

mengambil kelas perubatan untuk memahami kes-kes amnesia. Beliau

juga menulis laporan pengalamannya dan penemuannya melalui

penyelidikan dan berk on gsikannya dengan pakar-pakar perubatan.

Sering kali beliau di jemput memberi ucapan megenai amnesia kepada

pakar-pakar perubatan.

Apa yang telah terjadi? Dari seorang wanita yang tidak mempunyai

keyakinan diri, kepada seorang tokoh perubatan dalam bidang amnesia?

Wanita ini telah berjaya mengubah k on sep kendirinya secara tidak

sengaja- iaitu beliau terlupa k on sep kendirinya yang lalu melalui

amnesia.

Bagi kita yang tidak mempunyai amnesia (melainkan "buat-buat lupa"

:) )boleh mengambil pengajaran dari kisah ini. Iaitu, kita sendiri

yang membentuk konsep kendiri kita melalui pengalaman hidup kita.

Dengan fikiran yang positif, kita boleh mengubahkan k on sep kendiri

kita untuk mencapai apa jua kejayaan yang tidak pernah difikirkan.

Ubahkan konsep kendiri anda!

============ ========= ========= ========= ======

============ ========= ========= ========= ======

Faktor yang kedua yang menyebabkan kita gagal mengambil langkah

pertama kearah kejayaan adalah kerana Z on Selesa kita. Semua orang

mempunyai z on selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan

tidak mahu berubah. Boleh dikatakan keadaan anda sekarang ini...

sedang membaca email ini. Terasa selesa di depan komputer. Nak

berubah dari keadaan z on selesa anda kini terasa berat... oleh kerana

anda selesa dengan keadaan semasa ini.


Hidup kita juga terdapat z on selesa. Iaitu kehidupan anda kini-

anda terasa selesa dengan keadaan hidup anda. Walaupun faktor ini

dinamakan "z on selesa", walaupun keadaan yang tidak selesa

(kekurangan) , masih menjadi "z on selesa".


Faktor Z on Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang

itu keluar dari z on selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai

tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di z on selesa.

Setiap kali peluang tiba untuk kita keluar dari z on

selesa, tabiat akan menarikkan kita balik ke z on selesa. Setiap

kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarikkan

kita dengan keadaan kita kini. Itulah akibat tabiat.


Berita buruknya, ia amat sukar untuk keluar dari Z on Selesa kita.


Berita baiknya adalah, sekiranya anda berjaya keluar dari Z on

Selesa anda, dan berfungsi pada keadaan yang baru (diluar z on

selesa) buat satu jangka masa yang tertentu, Z on selesa anda juga

akan turut berubah kepada keadaan yang baru. Tabiat anda akan

berpegang pada z on selesa baru.

Sebagai contoh, sekiranya anda sering bekerja 4 jam sehari tanpa

henti, ini adalah z on selesa anda. Apabila anda ingin bekerja lebih

dari 5 jam sehari, anda terasa tabiat tidak membenarkan anda

melakukannya oleh kerana ianya diluar z on selesa anda ( malas lah

tu :) ).

Sekiranya anda berjaya memaksa diri anda keluar dari z on selesa

tersebut, dan memaksa diri anda bekerja 5 jam sehari untuk satu

jangka masa tertentu sehingga ianya menjadi tabiat, z on selesa

kerja anda akan berubah kepada 5 jam bekerja! Dan pada ketika itu,

sekiranya anda ingin bekerja 4 jam sehari, anda akan rasa tidak

selesa kerana ia di luar z on selesa anda.